An-Nahl, dari ayat 1~10;
1. Sesungguhnya akan datang urusan Allah, lantaran
itu, janganlah kamu minta lekaskan dia. Maha suci ia ! dan maha tinggi ia dari apa yang mereka sekutukan
!.
2. Ia
turunkan melaikat dengan membawa wahyu, dari perintahnya, atas siapa yang sukai
dari hamba-hambanya, iaitu hendaklah kamu ancam, bahawa tidak ada Tuhan,
melainkan aku, lantaran itu, berbaktilah kepada ku.
3. Ia
telah jadikan langit-langit dan bumi dengan kebenaran. Maha tinggi ia dari apa
yang mereka sekutukan !.
4. Ia
jadikan manusia dari mani, tetapi tiba-tiba ia jadi pembantah yang terang.
5. Dan
binatang-binatang ternak itu ia jadikan bagi kamu, padanya ada kehangatan dan
manfaat-manfaat, dan daripadanya lah kamu makan.
6. Dan
bagi kamu, padanya ada kecantikan tetakala kamu kembalikan dan tetakala kamu
keluarkan.
7. Dan
mereka bawa beban-beban kamu kesatu
negeri yang kamu tidak boleh sampai kepadanya melainkan dengan menyusahkan
diri, sesungguhnya Tuhan kamu pencinta, penyayang.
8. Dan ia
jadikan kuda dan bagral dan keldai untuk kamu tunggang mereka dan sebagai
perhiasan, dan ia jadikan apa yang kamu tidak tahu.
9. Dan atas tanggungan Allah lah hal menunjukkan jalan, dan diantaranya ada yang
bengkok, tetapi jika ia mahu, nescaya ia
pimpin kamu sekelian.
10. Ialah
yang turunkan air dari langit bagi kamu, yang daripada nya ada minuman, dan
daripada nya lah jadi pohon-pohon yang padanya kamu boleh mengembala.
[] https://twitter.com/PidatoKnajid/status/694078981163786240
.